Latar Belakang Syarikat

Genius Mind Consultancy Sdn. Bhd.  ("GMC")  telah  didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965 dengan no. pendaftarannya 539278-P.  Ia telah ditubuhkan pada 2006 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.  Sebelum ini aktiviti-aktiviti GMC telah digerakkan melalui syarikat ETech Network Enterprise secara percuma sejak tahun 2001 lagi. 

 

Genius Mind Consultancy Sdn. Bhd merupakan pusat latihan minda bertaraf antarabangsa yang mendapat pengiktirafan oleh association latihan minda bertaraf dunia seperti Canadian Association of NLP (CANLP) dan kami juga dikenali sebagai ASIAN CANLP.

 

Di Genius Mind, kami menyediakan perkhidmatan latihan pembangunan minda dan technologi pembelajaran seperti NLP, Mindlines-Therapy untuk semua lapisan masyarakat. kami juga percaya betapa keyakinan diri amat penting bagi melahirkan insan yang kompeten dalam menghadapi seribu satu cabaran hidup. Menerusi perkhidmatan kami ini, peserta bukan sekadar didedahkan dengan rahsia cemerlang belajar malah akan diterapkan semangat keyakinan diri yang tinggi. Kami juga memimpin peserta dalam menguasai kekuatan minda mereka sekaligus membantu mereka memimpin kehidupan mereka dengan gemilang.

 

Era globalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan menuntut masyarakat hari ini bangun membuat persediaan yang lengkap dan cepat. Justeru, Genius Mind pada hari ini menawarkan kursus-kursus intensif untuk klien kami yang terdiri daripada golongan pelajar sekolah, swasta di seluruh Malaysia dan diluar negara.  

 

Kami amat berbesar hati untuk berkongsi kemahiran dan pengalaman dengan masyarakat Malaysia yang dahagakan ilmu dan pembangunan insaniah yang sejati. Kami sedar ilmu yang sekadar terpendam di dada hanya tinggal sebagai fakta melainkan ianya dikeluarkan sebagai hamparan ilmu yang memanfaatkan semua insan.

 

Selain itu, Genius Mind Consultancy Sdn. Bhd juga khusus dalam bidang penyelidikan technologi minda dan salah satu produk kami yang telah membawa nama Malaysia ke sudut dunia ialah Blind-Fold Reading Method yang merupakan produk teknologi minda keluaran Malaysia.

 

 

Pengarah-pengarah Syarikat

Pengasas Blindfold Reading Method, Pengasas Mindlines Therapy, Tom Har Kit Mun

Pengarah Teknical

Tom Har Kit Mun [MACP] U.K

Pengasas Blind-Fold Reading MethodTM

Pengasas Mindlines TherapyTM

Certified NLP Trainer

 

Pengarah Permasaran

Andrew Chong Kin Chuin

Pengasas Mindlines TherapyTM

Certified NLP Trainer

Mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam bidang permasaran.

 

Pengarah Pengurusan

Apollo Chin Chon Peng

Certified NLP Practitioner

Mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan.